Panduan menjahit pelbagai jubah. Disini ada perkongsian mengenai panduan untuk menjahit pelbagai jenis jubah. Panduan langkah demi langkah ini yang disediakan ini dalam bentuk
'ebook' dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal.
Panduan ini juga menunjukkan cara menjahit jubah A cut, jubah moden, jubah princess cut (jubah kembang payung), jubah empire cut dan jubah peplum serta jubah lelaki.
Modul-modul dalam panduan menjahit pelbagai jubah
Berikut adalah modul-modul yang terdapat di dalam panduan menjahit pelbagai jubah iaitu
Modul 1: Pengenalan
Bagi memastikan proses menyiapkan sepasang jubah berjalan dengan lancar, anda akan didedahkan dengan asas sehelai jubah. Penerangannya disertakan untuk setiap paten jubah yang berkaitan. Pentingkah untuk mengetahui asasnya? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sehelai jubah menjadi lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas jubah, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai. Anda juga bebas mengabaikan langkah-langkah tertentu dalam menjahit jubah apabila anda sudah yakin dan mahir kelak.
Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran
Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian jubah untuk menentukan ukuran-ukuran penting yang diperlukan termasuk ukuran lengan, pinggang dan lain-lain lagi. Apabila ingin memastikan jubah yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul.
Modul 3: Teknik Melukis Pola
Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai jubah. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan cara menjahit jubah ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola yang betul dari mula hingga akhir. Belajar cara mudah melukis pola untuk semua bahagian jubah.
Modul 4: Teknik Memotong dan menjahit Kain
Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Bagaimanakah cara menjahit bahagian kain yang sudah dipotong? Bagaimana mencantum bahagian kain? Bagaimana mencantum lengan jubah? Bahagian mana yang perlu disambung terlebih dahulu? badan, leher, lengan atau bahagian-bahagian badan yang lain? Ketahuinya di sini.
Modul 5: Teknik Menjahit Zip Sorok
Bahagian ini akan menunjukkan cara menjahit zip sembunyi. Anda akan mempelajari cara betul menjahit zip sembunyi yang berbeza dengan cara menjahit zip biasa. Pelajari juga cara untuk memastikan zip yang dijahit pada jubah kemas dan cantik. Ada beberapa tips yang dapat memastikan zip yang dijahit pada baju kemas dan cantik. Pelajarinya di sini.
Modul 6: Teknik Menjahit Leher Baju
Menjahit leher jubah akan menjadi susah jika anda tidak mengetahui cara yang betul. Pelajari cara betul untuk membuat pola leher jubah. Bagaimana untuk menentukan ukuran leher pada jubah? Bagaimana untuk menghasilkan tetulang leher baju? Apa peralatan yang diperlukan? Bagaimana untuk menjahit leher pada jubah? Pelajarinya di sini.
Modul 7: Teknik Melukis Pola Gigi Buaya
Pelajari juga cara melukis pola gigi buaya. Pola ini digunakan untuk mendapatkan bentuk jubah yang lebih kembang dan beralun. Cara memotong kain berdasarkan pola gigi buaya juga ditunjukkan.Anda akan ditunjukkan satu persatu cara untuk melukis pola tersebut, cara memotong dan juga cara betul untuk mencantum kepingan kain yang telah dipotong.
Modul 8: Teknik Menyambung Jubah
Bagaimana cara menentukan ukuran di bahagian manakah bahagian bawah peplum dan empire cut di letakkan. Kesilapan ketika menetukan ukuran bahagian ini akan menyebabkan jubah yang dijahit tidak seperti yang dikehendaki. Susah untuk menentukan bahagian ini jika anda tidak mengetahui caranya. Jika caranya diketahui, ianya akan menjadi mudah. Ketahui ukuran yang betul dan cara menjahitnya.
Modul 9: Teknik Menjahit Lengan
Bagaimana ingin memastikan bahagian lengan yang dijahit menjadi kemas dan selesa dipakai? Anda akan belajar tekniknya. Anda akan diajar cara menyambung lengan dan badan yang betul. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.
Modul 10: Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir
Anda akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan dan bawah jubah. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini.
#YA! Anda berjaya menyiapkan sehelai yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.
Dapatkan panduan menjahit pelbagai jubah sekarang!
Memang tidak dinafikan panduan yang disediakan ini lengkap. Jika anda tercari-cari
panduan menjahit pelbagai jubah ini adalah ebook yang sesuai untuk anda download. Jadi jangan tunggu lagi, marilah
belajar menjahit jubah sendiri yang mana tidak lagi sukar untuk membuatnya. Dapatkannya menerusi link atau banner dibawah ini. Selamat mencuba!
[+] KLIK DISINI - PANDUAN MENJAHIT PELBAGAI JUBAH
Sila like fanpage kami disini;
[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju
P/s - Juga terdapat ebook panduan menjahit baju kurung dan baju melayu