Kepada anda yang ingin belajar menjahit blouse dan jubah, ini adalah ebook yang amat sesuai untuk anda. Ini kerana, teknik yang ditunjukkan terutamanya teknik menjahit dan menyambung badan dan lengan dapat digunakan untuk menjahit pelbagai jenis baju. Ebook ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung moden dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju seperti blouse dan jubah.
Modul-modul Panduan Menjahit Baju Kurung Moden
Terdapat 10 modul yang disediakan didalam panduan menjahit baju kurung moden iaitu :
Modul 1: Pengenalan
Anda akan didedahkan dengan asas menyiapkan baju kurung moden. Pentingkah bahagian ini? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sepasang baju kurung moden lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas baju kurung moden, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai.
Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran
Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju kurung moden untuk menentukan ukuran termasuk ukuran bahu, dada, pinggang, punggung dan lain-lain lagi. Jika anda ingin memastikan baju yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul dan tepat.
Modul 3: Teknik Melukis Pola
Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju kurung moden. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan menjahit baju kurung moden ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola badan dan lengan dengan cara yang betul. Setiap ukuran pola ditunjukkan satu demi satu dan amat mudah untuk anda memahaminya.
Modul 4: Teknik Memotong Kain
Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Anda akan ditunjukkan bahagian kain manakah yang perlu dilebihkan dan berapakah saiz yang perlu dilebihkan. Cara menanda dat pada kain juga akan ditunjukkan.
Modul 5: Teknik Menjahit Kain
Bagaimanakah cara menjahit bahagian-bahagian baju yang sudah dipotong? Bahagian baju manakah yang perlu dijahit terlebih dahulu? Bagaimana pula cara mencantum lengan dan badan baju kurung moden? Bagaimanakah cara mencantum bahagian tersebut supaya bahagian atas dan bawah lengan selari dengan bahagian badan baju? Bahagian manakah yang perlu disambung terlebih dahulu? Semuaya di sini. Anda juga akan mempelajari cara menjahit zip dan dat pada baju kurung moden. Pelajari juga cara menentukan ukuran lubang leher, membuat pola lubang leher dan menjahit leher pada baju.
Modul 6: Pengenalan Kepada Kain Kipas Belakang
Kain kipas belakang juga dikenali sebagai kain susun belakang. Anda akan diperkenalkan dengan bentuk dan saiz kain kipas. Berapakah saiz kipas yang sepatutnya? Bagaimanakah cara mengambil ukuran untuk Apabila anda memahami bahagian ini, proses melukis pola, memotong dan menjahit kain menjahit lebih mudah.
Modul 7: Teknik Melukis Pola Kain Kipas Belakang
Bagaimanakah cara melukis pola kain kipas belakang? Bolehkah bahagian hadapan dan belakang kain menggunakan pola yang sama? Ketahui semuanya di sini. Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan illustrasi dan gambar sebenar. Hanya ikuti arahan yang ditunjukkan untuk menghasilkan kain kipas belakang yang cantik dengan saiz yang tepat.
Modul 8: Teknik Menjahit Kain Kipas Belakang
Untuk mendapatkan kain kipas yang cantik, terlebih dahulu anda perlu mengetahui teknik yang betul untuk menyusun dan menjahit bahagian kipas kain. Bagaimanakah cara untuk menyusun kipas kain supaya selari dan teratur? Bahagian kain kipas yang manakah perlu dijahit terlebih dahulu untuk memastikan kain kipas dapat dijahit cantik dan kemas? Semuanya akan dipelajari disini.
Modul 9: Teknik Menjahit Zip dan Pinggang Kain
Pelajari cara menjahit zip pada kain kipas. Anda juga akan diajar dua cara menjahit pinggang kain iaitu dengan menggunakan getah sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal. Pelajari semuanya di sini.
Modul 10: Kemasan Akhir Kain Kipas Belakang
Bagaimanakah cara menjahit tampalan kain di bahagian hujung atas kipas kain? Bagaimanakah cara menentukan ukurannya? Langkah demi langkah juga akan ditunjukkan kepada anda. Tampalan pada bahagian tersebut akan cantik, kemas dan selari jika teknik yang betul digunakan.
Kesimpulannya panduan menjahit baju kurung moden ini memang lengkap serba serbinya. Jadi jika anda masih tercari-cari panduan menjahit yang sesuai untuk anda pelajari, saya sarankan dapatkan panduan menjahit baju kurung moden ini. Hanya perlu download dan pastinya anda tidak menyesal. Selamat mencuba!
[+] Dapatkan Disini - Panduan Menjahit Baju Kurung Moden
Sila like fanpage kami disini;
[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju
No comments:
Post a Comment