Cara mengambil ukuran baju kurung.
Disini ada perkongsian mengenai
cara mengambil ukuran baju kurung dengan mudah
dan memang sesuai buat mereka yang baru belajar menjahit baju sama ada
baju kurung biasa, baju kurung moden, baju kurung Pahang dan Riau.
Cara-cara mengambil ukuran baju kurung
Berikut adalah cara- cara mengambil ukuran baju kurung yang boleh anda ikuti;
Ukuran labuh baju diambil dari pangkal leher melalui puncak dada
sehingga ke ukuran labuh baju yg dikehendaki. Sekurang-kurangnya 2.5-5cm
dari paras lutut.
Ukuran lebar bahu diambil dari sisi kiri ke sisi kanan. Daripada ukuran
bahu, ukuran boleh diambil terus sehingga ke labuh lengan yang
dikehendaki. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya lebihan
ukuran yang menyebabkan lengan menjadi labuh dan mengelakkan pemakai
terpaksa melipat tangan baju.
Ukuran panjang lengan boleh diambil terus daripada ukuran bahu ke
lengan. Sekurang-kurangnya 2.5cm dari paras buku lengan. Hasilnya
ditolak dengan lebar bahu.
Ukuran keliling lengan biasanya diambil untuk membuat kaf tangan pada
lengan baju kemeja, jubah dan sebagainya. Ukuran diambil dengan mengukur
keliling tangan dan memberi kelonggaran sekurang-kurangnya dapat
memasukkan 2 jari.
Ukuran keliling dada diambil pada keliling dada yangg mengenai paras paling tinggi di dada atau dikenali sebagai puncak dada.
- Ukuran Jarak Puncak Ke Puncak Dada
Ukuran jarak puncak ke puncak dada diambil dengan meletakkan pita ukuran
di atas sedikit dari puncak. Diukur dari puncak dada kanan ke puncak
dada kiri.
Ukuran mercu dada adalah dari bahu hadapan ke puncak dada.
Ukuran keliling pinggang diambil di sekeliling pinggang yang sebenar
dengan melilit pita ukur pada bahagian paling genting pada badan.
Ukuran keliling punggung diambil di sekeliling paras punggung yang paling tinggi atau paling lebar.
Ukuran bahhu ke pinggang diambil dari tengkuk belakang hingga ke paras pinggang.
Ukuran bahu ke punggung diambil dari tengkuk belakang hingga ke paras punggung.
Ukuran labuh kain diambil pada sisi badan dari paras pinggang sehingga
ke labuh kain yang dikehendaki, sekurang-kurangnya dari paras tapak kaki
tanpa kasut.
Demikianlah sedikit perkongsian mengenai cara mengambil ukuran baju
kurung untuk anda. Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit
gambaran bagaimana ingin belajar menjahit baju kurung dengan lebih mudah. Jika anda berminat,
bolehlah mendapatkan segera panduan menjahit baju yang serba lengkap
dengan ilutrasi bergambar menerusi link dan banner di bawah ini;
Sila like fanpage kami disini;
[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju
No comments:
Post a Comment