17 March, 2015

Panduan menjahit pelbagai jubah

Panduan menjahit pelbagai jubah. Disini ada perkongsian mengenai panduan untuk menjahit pelbagai jenis jubah. Panduan langkah demi langkah ini yang disediakan ini dalam bentuk 'ebook' dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Panduan ini juga menunjukkan cara menjahit jubah A cut, jubah moden, jubah princess cut (jubah kembang payung), jubah empire cut dan jubah peplum serta jubah lelaki.

Modul-modul dalam panduan menjahit pelbagai jubah


Panduan menjahit pelbagai jubah

Berikut adalah modul-modul yang terdapat di dalam panduan menjahit pelbagai jubah iaitu

Modul 1: Pengenalan

Bagi memastikan proses menyiapkan sepasang jubah berjalan dengan lancar, anda akan didedahkan dengan asas sehelai jubah. Penerangannya disertakan untuk setiap paten jubah yang berkaitan. Pentingkah untuk mengetahui asasnya? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sehelai jubah menjadi lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas jubah, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai. Anda juga bebas mengabaikan langkah-langkah tertentu dalam menjahit jubah apabila anda sudah yakin dan mahir kelak.

Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran

Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian jubah untuk menentukan ukuran-ukuran penting yang diperlukan termasuk ukuran lengan, pinggang dan lain-lain lagi. Apabila ingin memastikan jubah yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul.

Modul 3: Teknik Melukis Pola

Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai jubah. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan cara menjahit jubah ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola yang betul dari mula hingga akhir. Belajar cara mudah melukis pola untuk semua bahagian jubah.

Modul 4: Teknik Memotong dan menjahit Kain

Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Bagaimanakah cara menjahit bahagian kain yang sudah dipotong? Bagaimana mencantum bahagian kain? Bagaimana mencantum lengan jubah? Bahagian mana yang perlu disambung terlebih dahulu? badan, leher, lengan atau bahagian-bahagian badan yang lain? Ketahuinya di sini.

Modul 5: Teknik Menjahit Zip Sorok

Bahagian ini akan menunjukkan cara menjahit zip sembunyi. Anda akan mempelajari cara betul menjahit zip sembunyi yang berbeza dengan cara menjahit zip biasa. Pelajari juga cara untuk memastikan zip yang dijahit pada jubah kemas dan cantik. Ada beberapa tips yang dapat memastikan zip yang dijahit pada baju kemas dan cantik. Pelajarinya di sini.

Modul 6: Teknik Menjahit Leher Baju

Menjahit leher jubah akan menjadi susah jika anda tidak mengetahui cara yang betul. Pelajari cara betul untuk membuat pola leher jubah. Bagaimana untuk menentukan ukuran leher pada jubah? Bagaimana untuk menghasilkan tetulang leher baju? Apa peralatan yang diperlukan? Bagaimana untuk menjahit leher pada jubah? Pelajarinya di sini.

Modul 7: Teknik Melukis Pola Gigi Buaya

Pelajari juga cara melukis pola gigi buaya. Pola ini digunakan untuk mendapatkan bentuk jubah yang lebih kembang dan beralun. Cara memotong kain berdasarkan pola gigi buaya juga ditunjukkan.Anda akan ditunjukkan satu persatu cara untuk melukis pola tersebut, cara memotong dan juga cara betul untuk mencantum kepingan kain yang telah dipotong.

Modul 8: Teknik Menyambung Jubah

Bagaimana cara menentukan ukuran di bahagian manakah bahagian bawah peplum dan empire cut di letakkan. Kesilapan ketika menetukan ukuran bahagian ini akan menyebabkan jubah yang dijahit tidak seperti yang dikehendaki. Susah untuk menentukan bahagian ini jika anda tidak mengetahui caranya. Jika caranya diketahui, ianya akan menjadi mudah. Ketahui ukuran yang betul dan cara menjahitnya.

Modul 9: Teknik Menjahit Lengan

Bagaimana ingin memastikan bahagian lengan yang dijahit menjadi kemas dan selesa dipakai? Anda akan belajar tekniknya. Anda akan diajar cara menyambung lengan dan badan yang betul. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.

Modul 10:  Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir

Anda akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan dan bawah jubah. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini.

#YA! Anda berjaya menyiapkan sehelai yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.

Dapatkan panduan menjahit pelbagai jubah sekarang!


Memang tidak dinafikan panduan yang disediakan ini lengkap. Jika anda tercari-cari panduan menjahit pelbagai jubah ini adalah ebook yang sesuai untuk anda download. Jadi jangan tunggu lagi, marilahbelajar menjahit jubah sendiri yang mana tidak lagi sukar untuk membuatnya. Dapatkannya menerusi link atau banner dibawah ini. Selamat mencuba!

[+] KLIK DISINI - PANDUAN MENJAHIT PELBAGAI JUBAH



Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

P/s - Juga terdapat ebook panduan menjahit baju kurung dan baju melayu

01 March, 2015

Panduan menjahit baju kurung moden

Panduan menjahit baju kurung moden. Panduan langkah demi langkah ini juga dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Isi kandungannya adalah cara menjahit baju kurung moden berserta kain kipas belakang.

Panduan menjahit baju kurung moden

Kepada anda yang ingin belajar menjahit blouse dan jubah, ini adalah ebook yang amat sesuai untuk anda. Ini kerana, teknik yang ditunjukkan terutamanya teknik menjahit dan menyambung badan dan lengan dapat digunakan untuk menjahit pelbagai jenis baju. Ebook ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung moden dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju seperti blouse dan jubah.

Modul-modul Panduan Menjahit Baju Kurung Moden


Terdapat 10 modul yang disediakan didalam panduan menjahit baju kurung moden iaitu :

Modul 1: Pengenalan
 
Anda akan didedahkan dengan asas menyiapkan baju kurung moden. Pentingkah bahagian ini? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sepasang baju kurung moden lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas baju kurung moden, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai.

Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran

Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju kurung moden untuk menentukan ukuran termasuk ukuran bahu, dada, pinggang, punggung dan lain-lain lagi. Jika anda ingin memastikan baju yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul dan tepat.

Modul 3: Teknik Melukis Pola

Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju kurung moden. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan menjahit baju kurung moden ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola badan dan lengan dengan cara yang betul. Setiap ukuran pola ditunjukkan satu demi satu dan amat mudah untuk anda memahaminya.

Modul 4: Teknik Memotong Kain

Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Anda akan ditunjukkan bahagian kain manakah yang perlu dilebihkan dan berapakah saiz yang perlu dilebihkan. Cara menanda dat pada kain juga akan ditunjukkan.

Modul 5: Teknik Menjahit Kain

Bagaimanakah cara menjahit bahagian-bahagian baju yang sudah dipotong? Bahagian baju manakah yang perlu dijahit terlebih dahulu? Bagaimana pula cara mencantum lengan dan badan baju kurung moden? Bagaimanakah cara mencantum bahagian tersebut supaya bahagian atas dan bawah lengan selari dengan bahagian badan baju? Bahagian manakah yang perlu disambung terlebih dahulu? Semuaya di sini. Anda juga akan mempelajari cara menjahit zip dan dat pada baju kurung moden. Pelajari juga cara menentukan ukuran lubang leher, membuat pola lubang leher dan menjahit leher pada baju.

Modul 6: Pengenalan Kepada Kain Kipas Belakang

Kain kipas belakang juga dikenali sebagai kain susun belakang. Anda akan diperkenalkan dengan bentuk dan saiz kain kipas. Berapakah saiz kipas yang sepatutnya? Bagaimanakah cara mengambil ukuran untuk Apabila anda memahami bahagian ini, proses melukis pola, memotong dan menjahit kain menjahit lebih mudah.

Modul 7: Teknik Melukis Pola Kain Kipas Belakang

Bagaimanakah cara melukis pola kain kipas belakang? Bolehkah bahagian hadapan dan belakang kain menggunakan pola yang sama? Ketahui semuanya di sini. Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan illustrasi dan gambar sebenar. Hanya ikuti arahan yang ditunjukkan untuk menghasilkan kain kipas belakang yang cantik dengan saiz yang tepat.

Modul 8: Teknik Menjahit Kain Kipas Belakang

Untuk mendapatkan kain kipas yang cantik, terlebih dahulu anda perlu mengetahui teknik yang betul untuk menyusun dan menjahit bahagian kipas kain. Bagaimanakah cara untuk menyusun kipas kain supaya selari dan teratur? Bahagian kain kipas yang manakah perlu dijahit terlebih dahulu untuk memastikan kain kipas dapat dijahit cantik dan kemas? Semuanya akan dipelajari disini.
Modul 9: Teknik Menjahit Zip dan Pinggang Kain

Pelajari cara menjahit zip pada kain kipas. Anda juga akan diajar dua cara menjahit pinggang kain iaitu dengan menggunakan getah sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal. Pelajari semuanya di sini.

Modul 10: Kemasan Akhir Kain Kipas Belakang
Bagaimanakah cara menjahit tampalan kain di bahagian hujung atas kipas kain? Bagaimanakah cara menentukan ukurannya? Langkah demi langkah juga akan ditunjukkan kepada anda. Tampalan pada bahagian tersebut akan cantik, kemas dan selari jika teknik yang betul digunakan.

Kesimpulannya panduan menjahit baju kurung moden ini memang lengkap serba serbinya. Jadi jika anda masih tercari-cari panduan menjahit yang sesuai untuk anda pelajari, saya sarankan dapatkan panduan menjahit baju kurung moden ini. Hanya perlu download dan pastinya anda tidak menyesal. Selamat mencuba! 

[+] Dapatkan Disini - Panduan Menjahit Baju Kurung Moden

Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju